Kaunseling Percuma



Ada yang kata barang percuma jarang dihargai. Dulu nak minta kerja kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kena beli borang manual RM7 kalau tak silap, kalau silap pun kira bawah RM10 lah, tak lebih. Tebal, siap ada buku panduan dan segala bagai senarai pekerjaan. Kalau aku yang ber'otak' penjual, segala benda nak jual, dengan borang dan buku panduan setebal itu, paling kurang RM20 aku jual. hehehe. Bila ditanya kenapa nak kena bayar gak borang ni? Kerajaan tak boleh bagi percuma ke. Jawab seorang pegawai kat SPA, barang 'free' mana orang hargai. Hmm...

Betul ke barang percuma jarang dihargai. Cuba bayangkan, kalau setiap oksigen yang disedut kena bayar sekupang, ala-ala isi minyak kat petrol. Fuh, mesti setiap sedutan dan hembusan nafas dihargai. Sanggup tahan nafas nak jimat bil sedut oksigen. Ni sekarang percuma, sebut alhamdulillah setiap 1 jam pun rasa boleh kira dengan jari. Ini aku tujukan untuk diri aku sendiri. Susah benar nak berzikir. Walhal banyak benda Allah bagi percuma, benda yang ada jarang disyukuri, apa yang ada sering dirisaukan, ewah dah macam lirik lagu nasyid.

Teringat tadi, terbaca status seorang rakan Facebook, "Jangan tertipu kepada dua pencuri, pertama, penyesalan masa lalu dan yang keduanya, ketakutan akan masa hadapan." Sesuatu yang mendalam untuk difikirkan. 

Eh dah lari topik, hehehe. Ok berbalik kepada kaunseling percuma, teringat pesanan Prof Kamil pasal ikatan syaitan terutamanya nak bangun solat subuh. Jadi, bila bangun tidur, aku cuba nak biasakan bila terjaga beristighfar dan bila capai telefon, FB/Whatsapp bukan perkara pertama nak dijenguk. Jadi, nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, bila terjaga entah pukul berapa, selak telefon, klik iquran dulu supaya tak rasa bersalah lepas tu nak buka FB. hahaha. Sekali tu, terpana mataku dengan ayat ni...


Surah 17. Al-Isra, Verse 79:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.


Surah 17. Al-Isra, Verse 80:

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",

Astaghfirullah. Allahu Akbar. Lihatlah Allah berbicara kepada hamba-Nya yang lemah lagi hina ini. Baru perasan, bacaan akhir masa solat tahajud ada dalam surah Al-Isra, ayat 80. 

Terus insaf, bangun, ambil wudhu' dan solat tahajud. T_T




Leave A Comment