Posted on Saturday, May 31, 2014 · Leave a Comment
Sungguh, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Penyayang. Allah hantarkan Puan Suraya Ali, Lunatots ke Sungai Petani. Allah berikan masa lapang untuk hadir ke Coaching Inspirasi Perniagaan & Kehidupan. Alhamdulillah.
Banyak, terlalu banyak perkongsian menyentuh hati kecil seorang 'aku'. Hanya 4 cerita mampu ditulis buat masa ini.
1. Mulakan dengan impian. Belum terlambat untuk memulakan sesuatu. Allah Maha Pengasih, Maha Hebat. Sedangkan matahari, galaksi Allah boleh cipta dengan mudah, apalah sangat kalau Allah nak kabulkan doa kita. Minta aje nak apa, nak kaya raya, jutawan, nak berhenti kerja makan gaji, nak bahagia, rezeki diberkati, anak-anak sihat dll. Susuli dengan usaha.
2. Letakkan sasaran kita nak capai, daripada tahun, bulan, hari hingga ke jam.
Contoh : Nak untung 1000 bulan ni jual cadar. 1 cadar katakan untung RM20. Kena jual 50 cadar.
50 cadar /25 hari = 2 cadar sehari
2 cadar / 8 jam = ....
Kalau kita rasa 50 cadar tu macam banyak, tapi bila kita pecahkan ikut hari, nampak realistik. Jadi kita lebih yakin untuk melaksanakannya. Analogi sahaja, sesuaikan dengan apa jua sasaran kita dalam hidup.
3. Pernah tak kita rasa 'penat' sangat buat sesuatu. Contohnya macam kita membebel, anak tak nak dengar, akhirnya kita yang penat, hati pun sakit. Antara sebabnya adalah kita bercakap dengan orang yang tak nak dengar apa kita cakap.
Asingkan orang yang ada di sekeliling kita. Contohnya di FB, whatsap group. Bina suasana persekitaran positif, insya-Allah kita akan terasa tempiasnya. Minda usahawan biasanya sibuk memikirkan peluang, strategi dan macam-macam lagi, tak sempat nak fikir tentang perkara remeh-temeh.
4. Dalam menuju kejayaan, kadang-kadang ada yang kita terlepas pandang. Sampai suami/isteri/emak/adik merajuk pun kadang-kadang tak perasan. Hargai keluarga dan mereka yang di sekeliling kita. Curi sedikit masa sibuk kita untuk yang tersayang sementara mereka masih ada.

Teringat pula pesanan Tuan Aqif Azizan masa kelas copywriting tempoh hari, dalam banyak-banyak ilmu kita belajar hari ini, cuba amalkan satu sahaja.
Ya Allah, permudahkanlah.