Anak kurang ajar, siapa yang kurang sebenarnya?

Eceh, tajuk nak kontroversi gitu.

Teringat ada seorang kawan pejabat pernah ceritakan kisah seorang ibu memarahi anaknya dengan berkata, "kurang ajaq". Tapi bila difikir-fikirkan, siapa yang kurang ajar ? Adakah anak yang kurang belajar atau ibu bapa yang tak ajar. 

Bila aku perhatikan, tindakan refleks Iyman ketika marah adalah sama seperti tindakan refleks aku. Jerit dan kadang-kadang siap pukul.

Teknik nabi dah belajar, tetapi nak mengamalkannya, fuh fuh fuh, boleh menangis. 

1. Teknik tutup mata atas kesalahan. 

Ini memang 'fail'. Bukan setakat tak boleh tutup mata, mulut pun tak dapat nak tahan daripada membebel. Tangan pun ikut sekali bergerak. Astaghfirullah.

2. Tiada ugutan

Iyman siap boleh ajuk bila kita suruh kemas mainan. Dia kata, tak nak dah, buang aje mainan ni, takpun pos aja kat orang. Ini kes sebab biasa ugut dengan ayat "nanti mama pos je mainan ni sebab suka sepah". Jelas sekali teknik ugutan ini telah tewas dan tidak patut diamalkan sejak awal lagi.

2 teknik asas pun dah 'fail', teknik-teknik lain hanya tinggal teori.

Mulai saat ini, aku akan cuba dan terus mencuba. Teknik nabi ni kalau berjaya amalkan, insya-Allah kesannya sangat positif. Kadang-kadang berjaya buat, tetapi kebanyakannya gagal !

Jadi lepas ni aku kena usaha lebih kuat lagi, kena cari skrip-skrip yang walaupun kedengaran agak poyo, insya-Allah baik untuk membentuk generasi cemerlang dan gemilang, chewah. 

Maka terjawablah tajuk entry yang ala-ala kontroversi. 

Berusahalah mama !!!

                terlajar laris, kata Iyman



Leave A Comment