Arabic With Iyman

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
(Al-Qamar)

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


Mudah. Janji Allah untuk memudahkan Al-Quran sebagai peringatan dan pengajaran. Persoalannya cuma, adakah sesiapa yang mahu ambil peduli?

Dush. dush. dush.

Ini ayat pertama yang diajarkan oleh Ustaz Nouman Ali Khan (NAK) di dalam Bayyinah.TV dalam slot Arabic With Husna. Dalam slot ini Ustaz NAK mengajar Husna anaknya Bahasa Arab secara 'live' dan direkodkan menjadi video. Ayat di atas diulang sebanyak 4 kali di dalam surah Al-Qamar. Allah sudah berjanji untuk mudahkan Al-Quran sebagai peringatan dan pengajaran. 

4 kali.
4 kali. 
4 kali. 
4 kali.

Banyak perkara baik-baik yang Allah berikan apabila kita mula mencari. Antara yang 'paling win' adalah permohonan biasiswa setahun mengikuti pelajaran di Bayyinah.TV diluluskan tanpa sebarang soal jawab. Tiba-tiba dapat e-mel dan password. *Lompat bintang*. Setiap yang langgan Bayyinah.TV ini seumur hidup dengan harga sekitar $1500 akan dapat 'sponsor' 15 orang lain. Didoakan insan yang bermurah hati melanggan dan menjadi asbab untuk aku dapat biasiswa ini sentiasa di bawah rahmat Allah dan diperluaskan rezeki dari setiap pelusuk dunia.

Teringat pesan Puan Dr. Nadiyah semasa sesi santai Belajar Arab Al-Quran Kaedah Hafalkata di Tasik Jitra tempoh hari, untuk istiqamah kita perlu mengajar orang lain. Jadi dengan cara itu kita akan sentiasa ingat kita perlu ulangkaji dan lakukan persediaan selalu. Walaupun baru satu ayat kita belajar.

Jadi dalam konteks 'keyboard warrior' seperti aku ini yang lancar menaip dan menyebarkan kata-kata menggunakan 10 jari ciptaan Allah, aku cuba untuk berkongsi dapatan aku di dalam blog kuizikel.com yang sudah lama aku tinggalkan *fuh fuh fuh tiup habuk bagi hilang*. Eh lupa, tak renew kuizikel.com jadi kembali ke nama asal, kuizikel.blogspot.com. Oleh itu, kita tukar kategori setiap post berkaitan ini dengan nama Arabic With Iyman, dengan harapan aku boleh mengajarkan perkara yang sama buat Iyman, Ali dan anak-anak di Tadika Kembara Bijak, insya-Allah.

Blog www.nurulfauzana.com lebih sesuai untuk cerita-cerita kehidupan dan bisnes. Blog ini biarlah menjadi ala-ala blog MKI (nak juga perasan jadi penulis jemputan) tetapi dalam keadaan lebih santai dan lebih terasa sedang berbaring di tepian pantai sambil menghirup air kelapa yang ada hiasan payung kecil sekali.

Oh ok berbalik kepada cerita asal, Ustaz NAK pesan berkali-kali kepada anaknya Husna. Al-Quran itu mudah, Mudah. Mudah. Mudah. Mudah.

Persoalannya cuma, adakah sesiapa yang mahu ambil peduli?


Leave A Comment